apa yang korang lakukan untuk mendapat khusyuk dalam solat? kalau search kat internet memang banyak tips. dari pemakanan, cara ambil wudhu', pembacaan surah dan macam2 lagi. kali ni saya nak bagitau macam mana pengalaman saya sendiri untuk khusyk dalam solat, dan secara tak langsung insyaAllah dapat rasa kenimatan solat.
ok, kita mulakan...bismillah
sewaktu berdiri sebelum niat,
1. goyangkan badan anda sperti anjing yang mengeringkan bulunya yang basah (tapi janganlah melampau..) . saya buat macam ni sebab setelah sibuk buat kerja2 duniawi, saya nak hilangkan dan lupakan segala-galanya, kosongkan minda untuk Allah semata2. goyang2 la sikit lengan tangan tu...kasi panaskan badan..kemudian dah bertenang, baca niat. kemudian terus...
2. senyum :), senyum dengan ikhlas. senyum juga ketika rukuk, sujud, atau bila2 ketika solat. kenapa senyum? senyum sebab anda bersyukur dapat solat. senyum sebab anda gembira sedang berjumpa dengan Allah. senyum sebab anda dipilih oleh Allah diberi hidayah untuk solat. ingat, bukan semua orang beruntung dapat hidayah.
meanwhile masa rukuk,
3. pembayangan tunduk pada seorang raja. pernah tak tengok majlis2 orang kenamaan atau contohnya majlis konvokesyen? orang2 besar (terutama sekali sultan atau agung) akan naik ke pentas bersama2 bodyguard, tiba2 hati rasa berdebar je tengok (lagi2 lagu gemalan tu buat bertambah goosebumps). kalau tak pernah mengalaminya, tanya pada diri sendiri, siapakah manusia di dunia ni yang paling anda 'star struck' atau boleh buat jantung dan hati berdebar2 kalau jumpa face to face? justin bieber? obama? hemmff** contoh yang agak merapu. tapi takpe, kalau wujud perasaan yang saya cuba sampaikan tu, korang cuba channelkan, salurkan perasaan tu ketika rukuk tetapi berdebarnya terhadap dan kerana Allah. yessss memang agak sukar. (oh.boleh juga diaplikasi ketika sujud)
ok..walhal masa sujud,
4. take 3 seconds of silence ambil 3 saat extra lama ketika sujud selepas selesai membaca bacaan2nya (sami a'llahu....). ambil 3 saat itu sekadar untuk menyedarkan diri bahawa perbuatan yang anda sedang lakukan itu adalah sujud. yakni anda sedang sujud kepada sesuatu yang Maha Besar, Berkuasa, Kaya, Penyayang dan segala yang baik, yakni Dia itu adalah Penjaga kamu, Pencipta kamu. (oh ni pun bagus ketika rukuk) sebenarnya ni toma'ninah tapi ramai tak buat. jadi jatuh wajib ni sebenarnya. *toma'ninah dilakukan ketika iktidal, rukuk, duduk antara dua sjud dan sujud.
and lastly
5. cubaan untuk menangis. rasa ni paling susah. its a challange for every muslim. saya selalu paksa dan cabar diri untuk menangis. kadang2 saya minta pada Allah untuk dapat menangis. ketika menangis itula korang dapat rasa betapa nikmatnya solat. sebab tangisanmu itu kerana Allah. biarlah tangisan tu sebab Allah semata2. bukanlah sebab baru putus cinta. atau hilang duit. atau kena marah dengan mak. atau baru lepas buat benda berdosa (boleh sebab tu. tak salah.. tapi tak bes la). biarlah sebab rasa cinta dan rindu pada Allah. adakah kita dapat berjumpa denganNya? Nak ke Allah jumpa korang? sesungguhnya melihat Allah itu adalah yang paling dinanti2kan oleh para syurga sebab ia merupakan nikmat yang paling ultimate di syurga! lagi bes dari makanan2, sungai2 dan bidadari yang indah2 di syurga itu..Wallahua'lam.
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].
wokey itu saja dari saya,
selamat beribadah! harap post saya masuk akal dan berguna untuk lebih dekat dengan Allah. semoga kita semua dihadiahkan nikmat ketika solat! Amiiinn...
wasalam dari mayamin!

