Monday, 15 October 2012

Dibalik Tangisan Zinnirah – Srikandi Islam Hamba Umar

Suatu hari terdengar dendangan lagu di corong radio. Lagu yang dipopularkan oleh Munif Ahmad. Tajuknya ZINNIRAH. Aku amati bait lagu dan mula terusik mengetahui apa sebenarnya kisah Zinnirah ini. Sehinggakan beliau di riwayatkan sebagai bidadari syurga.


ZINNIRAH, begitulah namanya.Namanya jarang disebut orang dan mungkin juga tak dikenali orang. Tetapi Alah telah meuliakan wanita ini. Jom kita telusuri kisah Zinnirah ini..Beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. Dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah.

Zinnirah adalah seorang gadis yang berasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalam keadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome, Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang. Sejak itu dia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya.

Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya. Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat.

“Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkan Zinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…


Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta (ada juga sumber menceritakan dicucuk dengan besi panas). “Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.” Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramai orang Quraisy memeluk Islam.
Begitulah kisah di balik tangisan kehambaan zinnirah, dibalik kegagahan iman dalam jasad seorang wanita islam.Zinnirah dipulihkan dengan kembalinya sinar cahaya dalam hidupnya setelah Allah memulihkan matanya.

Tertanya-tanya dalam hati ini.adakah aku mampu berdiri teguh dengan imanku ketika aku dihina dan disiksa semahu-mahunya oleh seorang lelaki gagah dan bengis umar.Tetapi untuk keadaan sekarang, yang lebih kepada zaman kontemporari kata orang, aku lebih takut dan terfikir-fikir bagaimanakah caranya untuk aku teguh menjaga iman ku sedangkan terlalu banyak ancaman , godaan  dunia yang melingkar di seluruh ruang lingkup kehidupanku. Khuatir diri ini menghidap penyakit  ‘WAHAN’..Nauzubillahi minzalik.


Duhai sahabat, tolonglah ingatkan aku, tegurlah diriku, kerna aku sgt memerlukan sahabat sahabat supaya aku lebih kuat dan yakin untuk menolak jahiliyyah-jahiliyyah yang ada disekitarku. Ya Allah, kami lemah dan kami bergantung harap kpdMU. Berikanlah kami petunjuk dan hidayah MU…..MUHASABAH YOK!!!


wallahualam

-masdiana-

sahabat: adalah kita yang satu lagi

Assalamualaikum

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur”
-Hadis riwayat Muslim-

sahabat. antara banyak-banyak insan di sekeliling kita, sahabat merupakan satu makhluk yang pangkat dan jawatannya bergantung kepada nilai mereka di sisi kita. mereka datang dalam pelbagai jenis, perangai, bentuk, pe'el, songeh, dan tebiat.

*let us climb the wall together, for a better future

sahabat di sisi Rasulullah s.a.w bukanlah calang-calang manusia. mereka merupakan insan-insan hebat yang setiap dari kita akan sanggup bermusafir dari timur ke barat semata-mata untuk memahat kemas insan-insan seperti mereka di sisi kita. para sahabat melindungi nabi di medan peperangan, mengiakan setiap perkataan yang nabi sampaikan, berjuang di sisi nabi sekalipun berhadapan musuh yang gah, menjadi teman ketika senang, ketika susah, ketika sedih dan ketika gembira. menghina mereka seolah-olah menghina nabi. lihatlah betapa cantiknya acuan hati-hati yang ditarbiyah baginda.

kemudian, kita lihat pula siapa yang berada di sisi kita.

sahabat sayang,
sukarkah untuk kita menganggap sahabat itu sebagai suatu karunia nikmat? yang mana ALLAH s.w.t hantarkan mereka untuk menghiburkan hati kita yang gundah gulana, untuk menghidupkan jiwa kita yang kecewa, untuk menyemarakkan ria di hati kita yang lara, untuk membela kita tika dicerca dan untuk mengangkat kita waktu kita dihina. menjadi sahabat itu tidaklah bermakna kita harus sempurna untuk mereka, juga sebaliknya. tetapi adalah lebih penting dari itu, mereka melengkapi kita. melihat mereka adalah seolah-olah kita melihat diri kita.

"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" 
-Riwayat Abu Daud-

sahabat sayang,
akan ada ketika perselisihan muncul tanpa kita pinta. apatah lagi untuk kita duga. datangnya tak berkhabar. tapi tidakkah itu lumrah dalam persahabatan? kata orang, insan yang paling kita sayang, adalah insan yang paling susah untuk disayangi. perselisihan seharusnya menjadikan kita lebih akrab. perselisihan membuka peluang untuk kite mengenali 'sisi' lain yang tidak mungkin kita temui dalam diri sahabat kita dalam hari-hari biasa. amarahnya memberitahu kita apa yang tidak disukainya, sedihnya memberitahu kita apa yang melukakan hatinya.

*dalam jihad kita tak berkeseorangan, kerana di dalamnya ada sahabat

sahabat sayang,
kita mampu memaafkan orang lain mencerca kesilapan kita, kerana kita tahu mereka tidak mengenali kita. tapi andai seorang sahabat mencerca kita, jiwa kita lantas terpegun lemah. umpama tangan yang tergantung di langit, kaki pula tak mencecah bumi. helpless.

"Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya” 
-Hadis riwayat Muslim-

sahabat sayang,
kita bukanlah malaikat yang tak punya nafsu, bukan haiwan yang tak punya akal, bukan Nabi yang maksum. adakalanya lidah kita tergelincir, tangan kita tersiku, kaki kita terpijak. adalah menjadi tanggungjawab seorang sahabat untuk menegur, dan membimbing kita. beritahu yang mana salah, tunjuk yang mana betul, angguk yang mana ia, geleng yang mana tidak. sahabat bukanlah untuk menghakimi, bukan juga untuk mengadili.

sahabat sayang,
adakalanya seorang sahabat perlu menghampakan kita demi kebaikan. adakalanya seorang sahabat perlu meninggikan suara agar nasihatnya didengari, adakalanya seorang sahabat perlu merentap tangan kita supaya kita tak jatuh ke dalam jurang. jangan hanya kerana kita dihampakan, kita membenci. jangan hanya kerana kita ditengking, kita menjauhkan diri. jangan hanya kerana kita direntap, kita lari. kerana sebagai sahabat, kite seharusnya lebih mengerti akan sebab sahabat kita betindak demikian.

sahabat sayang,
ketahuilah
jikalau engkau menangis
adalah air mataku yang pertama berlinang
jikalau engkau tersakiti
adalah aku yang pertama terluka
ketika engkau gembira
adalah aku yang pertama bersorak
ketika engkau dicerca
adalah aku dindingnya yang membela
biar satu dunia berpaling darimu
akan kau jumpa jari jemariku saat kau meraba

sahabat sayang yang kucintai kerana ALLAH,
tegurlah aku,
ajarlah aku,
didiklah aku,
bimbinglah aku,
jangan bimbang akan hatiku yang tercalar,
tapi bimbanglah imanku yang terbiar,
usah dihirau akan hatiku yang terbakar,
kerana ingatlah,
di tanganmu ada penawar,
engkau seharusnya menjadi insan yang paaaaaaaaling mengerti

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.”
-Riwayat Abu Daud-

to all my dear sahabah, u can count on me in any shape! =) let us say together "THANK YOU ALLAH!"

wallahualam

-yana-

Tuesday, 9 October 2012

berhati-hatilah, wahai hati

Assalamualaikum..

"Carilah hatimu di tiga tempat:
Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN,
Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT,
Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur MENGINGATI MATI,
Dan jika kamu masih tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati!" - Imam Ghazali-

begitulah pesanan beliau dalam mencari kemanisan beribadah. hati yang terdidik kemas dan santun akan terpancar pada perlakuannya meniti hari. kalau nak tengok betapa bersihnya hati seseorang itu, lihatlah ketika dirinya ditimpa kejian orang, tapi dibalas dengan doa dan berlapang hati. kalau nak tengok betapa rosaknya hati seseorang itu, lihatlah ketika dirinya dikurnia nikmat, tapi dibalas dengan keluh kesah, serba tidak puas dan cacian.

*hati kita semua dipegang ALLAH s.w.t

sahabat,
berhentilah mengadu, belajarlah bersyukur
berhentilah mengumpat, belajarlah menegur
berhentilah mengotori hati, belajarlah membersihkannya

tidakkah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang? InsyaALLAH dengan zikrullah, hati yang sempit akan merasa lapang, amarah menjadi girang, pondok menjadi istana, satu sen menjadi segunung emas

kalau kita masih merasa tidak cukup harta serba-serbi, jiwa keluh-kesah malam ke pagi, maka mari kita cari di mana silapnya. tak jauh tempatnya, ambil tapak tangan letak ke dada, di situ punca segala penawar jiwa.

wallahualam

-yana-

Monday, 8 October 2012

Solat Sunat Isyraq

Photograph: Dan Chung
Sesudah terbit matahari, lebih kurang 7:30 pagi, adalah disunatkan untuk mengerjakan sembahyang sunat dua raka'at yang dinamakan solat sunat Isyraq. Ia boleh ditambah menurut berapa bilangan yang disukai, asalkan dilakukan dalam dua rakaat satu salam. Tempohnya juga sangat singkat iaitu setengah jam. Jadi bersegeralah bila masuk waktu isyraq. Disarankan memasang alarm azan pada smartphone untuk waktu isyraq kerana waktunya yang paling singkat (antara semua solat sunat) membuatkannya mudah saja untuk terlepas.

Selalunya solat sunat Dhuha yang ramai muslimin lakukan untuk dapat pahala dan rezeki lebih. Tapi sebenarnya solat sunat isyraq juga tak kurang hebatnya. Saya tetarik dengan solat sunat isyraq kerana doanya sendiri,

"Segala puji kembali kepada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan telah terbit matahari dari tempatnya. Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan hari ini. Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya hidayah-Mu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan matahariMu terus menerus dengan rahmatMu ya Tuhan yang Maha Pengasih."

Moga kita semua digolong dalam orang yang hatinya sentiasa diterangi hidayah terus menerus, non stop

Cara melaksanakan dan niat Solat Sunat Isyraq boleh klik disini.


Ikhlas dari Mayamin, wasalam.