"Carilah hatimu di tiga tempat:
Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN,
Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT,
Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur MENGINGATI MATI,
Dan jika kamu masih tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta hati yang baru. Kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati!" - Imam Ghazali-
begitulah pesanan beliau dalam mencari kemanisan beribadah. hati yang terdidik kemas dan santun akan terpancar pada perlakuannya meniti hari. kalau nak tengok betapa bersihnya hati seseorang itu, lihatlah ketika dirinya ditimpa kejian orang, tapi dibalas dengan doa dan berlapang hati. kalau nak tengok betapa rosaknya hati seseorang itu, lihatlah ketika dirinya dikurnia nikmat, tapi dibalas dengan keluh kesah, serba tidak puas dan cacian.
*hati kita semua dipegang ALLAH s.w.t
sahabat,
berhentilah mengadu, belajarlah bersyukur
berhentilah mengumpat, belajarlah menegur
berhentilah mengotori hati, belajarlah membersihkannya
tidakkah dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang? InsyaALLAH dengan zikrullah, hati yang sempit akan merasa lapang, amarah menjadi girang, pondok menjadi istana, satu sen menjadi segunung emas
kalau kita masih merasa tidak cukup harta serba-serbi, jiwa keluh-kesah malam ke pagi, maka mari kita cari di mana silapnya. tak jauh tempatnya, ambil tapak tangan letak ke dada, di situ punca segala penawar jiwa.
wallahualam
-yana-

No comments:
Post a Comment