oleh kerana sebelum ni kita pernah berkongsi kisah khalifah Umar Abd Aziz dalam entry yang lalu, maka terasa nak tambah sikit. tapi tapi tapi jom kita kenal sikit siapa Umar Abd Aziz ni?
Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz merupakan seorang khalifah dari Bani Umaiyah yang terkenal dan bijaksana. Beliau menjadi khalifah pada tahun 99 Hijrah atau 717 Masihi bagi menggantikan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik. Beliau berasal dari keturunan Saidina Umar Al-Khattab. itu saja intro sebab nanti ada ahli usrah kita yang akan bagi tazkirah tentang Umar Abd Aziz kan. takmau jadi spoiler :P
KISAH 1:
Selepas upacara perlantikan khalifah baru, Khalifah Umar Abd Aziz merasa sangat letih. Oleh itu, beliau berhasrat untuk berehat sebentar sambil menunggu masuknya waktu Zohor. Sebaik sahaja beliau membaringkan tubuhnya, tiba-tiba anaknya Abdul Malik datang menemuinya dan berkata:
"Ada orang mahu berjumpa, ayah"
Jawab khalifah:
"Aku ingin tidur sebentar, selepas solat Zohor aku akan menerima sesiapa saja yang ingin menemuiku"
Maka Abdul Malik pun berkata:
"Ayah, siapakah yang dapat menjamin bahawa ayah akan dapat hidup sehingga waktu Zohor?"
"Astaghfirullah..." Khalifah tersedar dari kesilapannya dan segera bangun dari tempat tidurnya. "Aku beruntung kerana mempunyai seorang anak yang selalu membantuku dalam menegakkan ajaran agama," katanya sambil memeluk anaknya itu. Kemudian khalifah pergi ke balai penghadapan untuk menjalankan tugasnya.
IBRAH:
sahabat sayang, kadang-kadang bila orang lebih muda menegur kesilapan kita, tentu kita ada secebis rasa tidak senang hati kan? tak kisahlah samada orang itu muda dari segi umur, atau junior di sekolah atau tempat kerja atau siapa-siapa saja, ada masanya pride kita tercabar. tapi Khalifah Umar ni cool kan? walaupun jawatan dia tinggi. malah beliau menghargai teguran tersebut dengan segera berzikir dan berterima kasih. adakah dengan menerima teguran, beliau kehilangan jawatan? tidak. adakah dengan menerima teguran, beliau menjadi miskin papa kedana? tidak. adakah dengan menerima teguran, beliau menjadi seorang khalifah yang bodoh? juga tidak. malahan dia disenangi orang lain dan dihormati rakan dan lawan. malu tak kita yang bukan siapa-siapa ini?
jangan marah nanti kurang comel
sahabat sayang, dari kisah ini juga kita dapat lihat bagaimana Khalifah Umar ini mendidik waris beliau sehingga mampu menjadi pemberi peringatan kepada beliau. teguran yang berani tetapi penuh hemah. mengapa? kerana cintanya kepada ALLAH, maka dia tidak mahu ayahandanya itu terlalai. jom kita perhalusi diri kita. kita berusaha mengejar cinta ALLAH kan? tapi adakah kita berusaha untuk membawa insan-insan tersayang di sekeliling kita bersama-sama menuju kebaikan? bukan mudah untuk menegur orang yang kita sayang, itu adalah cabaran yang besar. tapi kalau sayang, mengapa tidak? barangkali hari ini dia kecil hati, tapi esok mungkin dia faham tindak tanduk kita. siapa tahu? tidakkah hati-hati kita semua dipegang ALLAH?
meow pun pandai berterima kasih. kita bagaimana?
KISAH 2:
Pada suatu pagi sebelum Subuh, Khalifah Umar masuk ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Ruang solat berada dalam keadaan gelap kerana lampu belum dinyalakan. Ketika Beliau sedang berjalan, tiba-tiba beliau terpijak orang yang sedang tidur di dalam masjid tersebut. Lalu menjeritlah orang yang dipijak itu:
"Apakah kamu sudah gila?"
Pengawal yang mengiringi Khalifah Umar merasa marah dengan tindakan yang dianggap tidak beradab itu lantas memegang orang tersebut, namu segera dihalang oleh Khalifah Umar. Beliau menarik tangan pegawai itu dan berkata:
"Mengapa kita mesti marah? Bukankah dia hanya bertanya apakah kita sudah gila. Jawapannya ialah tidak. Selesai?"
Demikianlah sikap dan akhlak Khalifah Umar bin Abd Aziz. =D
IBRAH:
sahabat sayang, kalau orang marah atau maki kita, sekalipun kerana kesilapan kita, bengang tak? ada lah sikit.... kan? silap hari bulan memang makan penampor orang itu(extreme sangat ye). menahan marah itu bukanlah semudah terlelap dalam kuliah. kadang-kadang sampai merah muka telinga hidung mata menahan volcano dalam hati. boleh jadi adik-beradik bertengkar kerana sebuah telivisyen. sahabat handai tak bertegur sapa kerana sebatang pen. suami isteri bercerai-berai kerana sebiji pasu bunga. hanya kerana perkara kecil yang kita rumitkan, dan hanya kerana terlalu banyak berprasangka terhadap orang lain. sedangkan semuanya boleh selesai dengan mudah kalau kita bertenang dan merendah diri. jom kita check anger management kita.
manusia kalau marah tak comel macam angry bird
sahabat sayang, dari dua kisah ini sebenarnya banyak lagi yang boleh kita kupas. apa pandangan akhawat sekalian yang termenung menongkat dagu selepas baca kisah yang sungguh cool tentang Khalifah Umar Abd Aziz ini? anda fikir anda cukup cool? fikir kembali. mari share.
-yana-
source: Himpunan Tazkirah dan Kisah Teladan


