Umar Abdul Aziz adalah seorang pemuda yang sering memakai pakaian yang mahal dan mewah. Tetapi sejak beliau menjadi khalifah (ketua negara), dia berubah dan berusaha menjadi hamba yang zuhud.
Ada suatu kisah dimana salah seorang pengawal2nya berkata, "Suatu ketika Khalifah Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama2 kami dengan memakai baju yang ditampal poket depan dan bahagian belakangnya. Setelah itu, ketika Umar duduk berehat, beliau telah disapa oleh seorang lelaki," Wahai Amirul Mukminin (ketua)! Sesungguhnya Allah Taala telah membuka bagimu pintu kemewahan. Lantaran itu alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri tuan dengan pakaian yang hebat!"
Kemudian Umar menundukkan kepalanya sebentar, setelah itu beliau pun mengangkatnya sambil berkata, "Sesungguhnya sebaik2 niat yang paling ikhlas untuk berzuhud itu adalah pada saat memliki kemewahan. Masa yang paling sesuai untuk memberikan keampunan itu adalah ketika mampu melakukannya."
-daripada kitab Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu AlBanjar AlMakki.
Begitulah teladan yang di setkan oleh Umar, seorang pemerintah yang berjaya menghapuskan kemiskinan sehingga tiada zakat perlu dikeluarkan kerana semua rakyatnya berkemampuan. Jangan sangka negaranya miskin sehingga dirinya tidak mampu untuk memakai pakaian yang cantik dan mahal. Beliau yang pilih untuk begitu.
Ada juga diriwayatkan daripada Salamah, katanya," Suatu masa ketika aku datang menziarahi Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang sedang sakit, aku melihat beliau hanya memakai baju yang sudah kotor. Lalu aku katakan kepada Fatimah (isteri Umar), "Wahai Fatimah! Tolonglah basuhkan baju Amirul Mukminin ini."
Jawab Fatimah, "InsyaAllah kami akan lakukan"
Pada keesokan harinya, apabila aku berkunjung ke sana lagi, aku dapati bajunya masih seperti kelmarin. Lantas aku pun bertanya kepada Fatimah,"Wahai Fatimah! Bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin tersebut kelmarin? Sepatutnya kamu perlu menukarkan baju Amirul Mukminin kerana ramai orang sentiasa datang menziarahi beliau."
Jawab Fatimah, "Demi Allah! Hanya baju itu yang beliau ada."
Wasalam dari Mayamin.
No comments:
Post a Comment